Belajar koding, secara online.

Belajar secara online

Belajar di rumah, pada waktu rehat atau di cafe kegemaran anda.

Tugasan yang interaktif

Mengandungi lebih dari 100+ jam tugasan yang menarik, untuk semua tahap kemahiran.

Tidak memerlukan asas programming untuk sertai

Anda boleh memulakan kursus ini sebagai ‘beginner’, tanpa ilmu asas programming.

Teknologi yang canggih

Anda akan didedahkan dengan HTML5, CSS3, Javascript dan Node.js. Jika anda terasa janggal dengan terma ini – disinilah tempat terbaik untuk mengenalinya. :)

Komuniti

Sertai komuniti kami – bekerja dan berinteraksi dengan pelajar lain di Slack.

Mentor yang berpengalaman

Tenaga pengajar kami adalah yang terbaik dalam bidang ini serta berpengalaman. Meraka sedia membimbing anda langkah demi langkah.

Kami akan membantu anda untuk membina karier

Kami akan membantu anda menghasilkan portfolio yang menarik, melengkapkan anda untuk temuduga dan mengesyorkan anda ke syarikat teknologi yang terbaik.

Bayaran bulanan

Dengan bayaran secara bulanan, anda akan dapat akses penuh bagi semua pembelajaran. Pembatalan langganan boleh dilakukan bila-bila masa.

Berapakah kos yang dikenakan?

Plan Asas hanya berharga RM 38 dan semestinya akan menjadi titik baharu bagi masa depan anda.

 

Jaminan pulangan wang 100%

Kami mempunyai polisi jaminan pulangan wang dalam masa 60 hari. Jika anda kurang berpuas hati dengan perkhidmatan kami, jaminan pulangan wang ada disediakan.

Boleh kita mulakan?

Dengan satu klik, bermulalah era yang baharu.

 

Percubaan Percuma 

Jumlah pelajar

Jumlah pembelajaran yang telah tamat

Jumlah baris kod

Bagaimana ianya dilakukan?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh ajukanya kepada mentor anda di Slack.

Penerangan yang mudah difahami

Anda boleh melihat output ketika koding

Maklum balas dari pelajar kami

“Semua perkara diterangkan secara jelas. Apa yang penting bagi saya adalah ‘development environment’ yang berfungsi dengan baik, jadi semuanya berjalan dengan lancar ketika proses pembelajaran berlangsung. :)”

“Bahan pembelajaran yang menarik. Tugasan yang menyeronokkan, dimana jika anda menyiapkan sesuatu tugasan, anda pasti akan menguasainya. “

“Bagi saya, meyertai program ini adalah tindakan yang terbaik. Amanda banyak membantu saya dengan memberi tunjuk ajar dan tips yang terbaik. Banyak Ilmu baru yang saya peroleh setelah menyertainya.”

“Saya amat suka dengan tunjuk ajar yang mudah difahami serta komuniti yang mesra.”

Boleh kita mulakan?

Dengan satu klik, bermulalah era yang baharu.

 

Percubaan Percuma 

Soalan Lazim

Berapa lamakah kursus ini berlangsung?

Kursus ini mengambil masa selama 500 jam, ia terdiri daripada aktiviti pembelajaran dan tugasan,dimana ianya cukup bagi membantu mereka yang masih baru dalam membina laman sesawang. Kursus ini bergantung kepada jadual anda, oleh itu jumlah minggu/bulan bergantung kepada anda: jika anda belajar selama 6-8 jam sehari, kursus ini hanya mengambil masa selama 3 bulan sahaja. Jika anda belajar satu jam sehari, kursus ini akan mengambil masa dalam 16 bulan sahaja.

Adakah pengetahuan asas diperlukan?

Tidak, ilmu asas tidak diperlukan bagi kursus ini.

Bagaimanakah cara pembelajarannya?

Program kami dilangsungkan sepenuhnya secara online. Anda akan peroleh bahan pembelajaran yang mudah difahami dan tugasan yang menarik, dan tugasan anda akan disemak oleh sistem kami. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda boleh ajukannya di komuniti Slack atau mentor bergantung kepada pelan yang anda pilih.

Adakah saya akan memperoleh pekerjaan sejurus tamat program ini?

Ya. Kami bekerjasama dengan pelbagai syarikat yang memerlukan khidmat ‘junior developer’. Kebanyakannya, mereka lebih memilih mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran berbanding bagaimana anda memperolehnya.

Bagaimana dengan kelulusan dari universiti (diploma, ijazah dll.)? Bukankah ianya diperlukan bagi mendapatkan pekerjaan.

Pengalaman lebih diperlukan, kelulusan dalam komputer sains bukan lagi satu keperluan bagi membina karrier.

Adakah saya akan memperoleh sijil selepas saya menamatkan kursus ini?

Ya, anda akan memperoleh sijil sejurus menamatkan kursus ini.

Adakah pihak anda betul-betul akan membantu saya memperoleh pekerjaan selepas tamat kursus ini? Jika ya, bagaimana?

Kami akan membantu anda menghasilkan portfolio secara profesional, profil Linkedln anda dan kami akan membimbing anda untuk temuduga koding juga. Disamping itu, kami mempunyai perjanjian dengan beberapa syarikat untuk menemuduga pelajar terbaik kami sejurus menamatkan kursus ini.

Adakah saya akan memperoleh sijil menunjukkan saya pernah menghadiri kursus disini?

Ya, kami dengan berbesar hati akan memberikan anda sijil sejurus anda menamat kursus bersama kami.

Adakah harga yang dinyatakan itu harga tetap?

Ya. Jangan risau, kami memberikan jaminan pulangan wang dalam masa 60 Hari jika anda tidak berpuas hati dengan servis kami.

Layakkah saya mengambil kursus ini walaupun saya tidak menguasai matematik?

Semestinya YA! Ayuh sertai program kami! Dalam masa satu atau dua minggu anda boleh kenal pasti samada bidang koding ini bersesuaian dengan anda ataupun tidak. Jika tidak, kami akan memulangkan wang anda dan anda boleh mencuba yang lain. Kata orang, belum cuba belum tahu. :)

Adakah kos untuk kursus ini mempunyai kos tersembunyi?

Tidak. Hanya kos untuk melanggan sahaja yang dikenakan

Bagaimanakah cara saya untuk mendapatkan bantuan?

Anda boleh menghubungi komuniti CodeBerry dan mentor kami di aplikasi chat, Slack dimana ia boleh digunakan di browser atau di telefon bimbit

Bilakah tarikh tutup untuk pendaftaran program ini?

Tiada tarikh tutup ditetapkan. Anda boleh menyertainya pada bila-bila masa.

Boleh kita mulakan?

Dengan satu klik, bermulalah era yang baharu.

 

Percubaan Percuma 

Apa yang kami akan ajar anda?

HTML5

Bootstrap

CSS3

Node.js

Javascript

Git

Kursus ini berkaitan dengan web programming. Diakhir program ini anda boleh membangunkan website sendiri.

Boleh kita mulakan?

Dengan satu klik, bermulalah era yang baharu.

 

Percubaan Percuma 

Kamilah yang sedia membantu anda:

Laszlo

Laszlo

CEO, pemaju CodeBerry dan mentor

Timea

Timea

Pengurus kurikulum, pemaju CodeBerry dan mentor

Andreas

Andreas

Pengurus pemasaran dan mentor

Laszlo

Laszlo

Pengurus kurikulum, pemaju CodeBerry dan mentor

Adam

Adam

Pengurus kurikulum, pemaju CodeBerry dan mentor

David

David

Pengurus kurikulum, pemaju CodeBerry dan mentor

Pek Raspberi
Percuma
Percuma 15 sesi pembelajaran pertama
Komuniti aktif yang sedia membantu anda bila anda memerlukan.
 
 
Pek Epal
RM 38
Akses penuh ke semua aktiviti pembelajaran
Komuniti aktif yang sedia membantu anda bila anda memerlukan.
Jaminan pulangan wang selama 60 hari
 
Pek Tembikai
RM 148
Akses penuh ke semua aktiviti pembelajaran
Komuniti aktif yang sedia membantu anda bila anda memerlukan.
Jaminan pulangan wang selama 60 hari
Mentor yang akan menjawab semua soalan anda dan membimbing anda menguasai kursus ini dengan lebih pantas.